Saturday 30 July 2011

KADANG-KADANG ADA KOMPANG

Sepanjang cuti sem ni.
Banyak jugak aku pegi kenduri kawin.
Tak ada apa yang luar biasa.

Ada pengantin.
Ada orang ramai.
Ada khemah.
Ada banyak kereta.
Ada lauk daging.
Ada bunga telur.
Ada budak nangis cari mak.

Kalau tak ada semua ni. Bukan la kenduri kawin kan.


Tapi, 
dah jarang orang guna air sirap.



*esok je last pergi kenduri kawin, sebulan cuti*





Thursday 28 July 2011

Spontaneous Thursday : Facebook/FB



Saya dah lama ada
FB


BF
je tak ada lagi


  kepada hidayah,
ini bukan spontan kak,
ni mintak penyepak.

Wednesday 27 July 2011

- SEBARIS JAWAPAN -

SOALAN : KAU DAPAT U MANA?

Jawapan yang diperolehi adalah seperti di bawah

U turn
U tube
U mart
U mobile
U and me

T______T

Apa kejadahnya semua ni ???

 Lagi stress bila ada yang jawab
U.M.A.H






Lain pulak jadinya bila ada yang jawab

“Aku tak dapat.. sedih betul”




Semoga nama-nama korang tesenarai untuk second intake

Amin

Monday 25 July 2011

- TAK BAIK LA EJEK-EJEK -

Aku ada 2 kakak.
Nama Yusniza ngan Yusnita.


Aku sendirik pun pelik kenapa nama aku jadi Hidayah.
 Tak ada yusni yusni bagai tu.
Tapi aku bepegang teguh pada kata2,
 setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.


Masa kecik kecik dorang main ejek ejek.
Yusniza jadik bloZA Yusnita jadik trekTA


Bloza adalah BULDOZER, trekta adalah TRAKTOR


Kitorang kan standard chartered kampung je.
 Panggil trekta ngan bloza je la.
Apa kejadahnya ntah main ejek2 guna nama kenderaan.
 Langsong tak mencabar minda.


Bila pikir2 balik, naseb baik la Pn.Ma tak letak nama aku Yusnica ke kan.
Eh, ada ke orang nama Yusnica. Oke. Abaikan.


Dan sekarang, aku jumpa la hikmahnya.
Kalau la nama aku Yusnica,
Mesti dorang ejek aku




Beca


Monday 18 July 2011

- KENANGAN SILAM -

Kelas bising.

Memang tak patut budak tingkatan 5 bising macam tu sekali.
Dah la masa tu ada cikgu kat depan.

Tiba-tiba

Cikgu Taufik cakap :
 Diam sikit kelas.Yang perempuan jangan banyak cakap sangat. 
Saya tahu la perempuan ada 2 mulut



2 mulut ???





Budaklaki kekeh kekeh gelak



Friday 15 July 2011

- GAMBAR BABY -

Aku dan Aniq si budak pra-sekolah


Aku : Aniq, kenapa dengan perut Umi tu, buncit je Su tengok.

Aniq : Nak dapat baby  
*tenang beliau jawab

Aku : Ye ke? Mana Aniq tahu?

Aniq : Aniq dah tengok gambar baby

Aku : Hah? Tengok kat mana? Siapa tunjuk?
*ni kes terpesong ni, ke dia tetukar dengan adik dia yang memang dah wujud tu

Aniq : Umi tunjuk. Su nak tengok? Tapi warna hitam dengan putih je la.

Aku : hitam putih?







Gambar scan

Thursday 14 July 2011

- YA / TIDAK -


Sila isi tempat kosong dengan Ya atau Tidak sahaja


________________, saya tak ada otak.



Wednesday 13 July 2011

- ASTRO FIRST -

astro first
telah menyebabkan











VCD cetak rompak sangat clear 

Tuesday 12 July 2011

- MM -


Bagi budak 6 tahun macam Aniq, program Mari Menari kat Astro tu tak wujud dalam hidup beliau. Lain la kalau Mari Mewarna kan.


Aniq : Tak best la Mari Menarik ni

Mari apa Niq?

Aniq : Mari Menarik

Bukan Mari Menarik la, Mari Menari

Aniq : Mari Menarik la, tengok tu dia tarik-tarik







Bernas

Monday 11 July 2011

- angau -

Baru je kenal kenal

Tapi
Dah mula rindu
Dah teringat ingat
Hati pulak jadik tak keruan




Ish, tak kan perigi nak cari timba timba pulak




Ah, tak kisah lah



bolehlasikitsikit.blogspot.com
Sudi tak U jadi teman I selama lamanya?


Eh. Beliau angguk la




Yebedabeduuuuuu!

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

- BLOG INI -

Assalamualaikum

Boleh dibaca sesiapa sahaja
Lebih bersifat berfoya-foya, ilmiah jarang sekali
Orang, watak atau cerita mungkin ada kena mengena dengan anda semua
Gurauan dan kutukan didahului dengan seribu kemaafan

Iklan disediakan =) 
Nasihat, kritikan dan PUJIAN sangat dialu-alukan
Ini adalah entry pertama !
Selamat Jalan Romeo