Thursday 25 August 2011

- Menunjuk -

Detik detik manis perlu di jadikan kenangan

Orang 1 :
Woi cepat la tangkap gambar. Guna camera korang. 
Camera handphone aku tak clear weh.

Orang 2 :
Tahan la kau punya camera tak clear. 
Phone aku lagi teruk, keypad pun tak ada.
*orang 2 berkata kata sambil menunjukkan phone beliau*

*google punya*



Ya, ini namanya menunjuk!

Friday 19 August 2011

- Sama Saja -

Aniq budak 6 tahun suka sama Fatin
 Aqil budak 5 tahun suka sama Damia
Mereka adalah adik beradik.

Aku : Aniq suka Fatin yer
*Aniq angguk*
Aniq : Aniq love Fatin
*Aqil menyampuk*
Aqil : Aqil love Damia
*Aniq dengan muka serius marah Aqil*
Aniq : Hishh Aqil ni. Kecik kecik dah pandai nak love love







Marah orang pandai sangat. Kau tu???

Wednesday 17 August 2011

- Dinosaur -

Aku pergi Wakaf Che Yeh.
Wakaf Che Yeh ada jual banyak tudung.
Banyak banyak banyakkk tudung.

Pn.Ma : Sekarang ni orang suka pakai tudung dinosaur kan?


Aku : Ha? Macam mana tudung dinosaur?


Pn.Ma : Macam ni

*google punya tudung dinosaur*


Kalau tak setuju takut jadi anak derhaka pulak. 
Makanya, aku setuju.
*tapi memang ada gaya dinasour pun kan*


*dulu background en.nizamsani pakai baju sekolah tak nila.sekarang pakai kain pelekat beb* 

Friday 12 August 2011

- Dettol -

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl  

*Ini ialah hand-sanitizer dettol dari google*

Aku ingatkan aku tinggal benda ni kat Sarawak sana. Rupa rupanya aku bawak balik. Tanpa memikirkan masa depan aku terus letak kat tapak tangan. Rata ratakan. Tapi tak kering kering, selalunya kan cepat kering. Siap berminyak pulak tu. Pelik. Saspen ni. 

Rupa rupanya
*Olive Oil siapa tah yang menumpang kasih kat bilik aku ni*


Jadi, ia ialah MINYAK RAMBUT bukan Dettol seperti yang ku sangkakan !


Daku tertipu kerana ia berada dalam posisi lebih kurang macam ni.
*Aku dengan buta huruf terus menyambar dan menggunakannya*


.

Wednesday 10 August 2011

- Sila Buka Pintu -

Aku tengok tv kat ruang tamu.
“Assalamualaikum”
Ada orang bagi salam.

Pn.Ma yang sibuk kat dapur terus bergegas ke ruang tamu.
Sambil berjalan, sambil menjawab salam.
Masa sampai ruang tamu, Pn.Ma pandang aku.
Pelik mungkin.
Mana taknya, patutnya aku la yang pergi bukak pintu.
Kan aku dah duk kat ruang tamu.

Aku memandang Pn.Ma dengan ekor mata macam iklan yusuf taiyoob.
‘nak cakap tak nak, nak cakap tak nak’
Belum sempat Pn.Ma membuka pintu, aku tekad untuk bagitahu perkara sebenar.

“Ma, yang bagi salam tadi orang dalam tv” 

Saturday 6 August 2011

- Rapatkan Saf -

Kisah di asrama dulu kala.
Seperti hari hari lain.
Semua pelajar di wajibkan berjemaah di surau.
Pelajar perempuan sudah sedia dengan kain telekung. Comel comel semuanya.
Tinggal tunggu imam kata ‘saf’ je dah.

Tiba tiba kedengaran satu suara.
Yang penting bukan dari imam.

'' SOS ''

Suka hati kau je sos.
Saf saf !!!!!!
Banyak main betul la.

*dari segi aku marah ni nampak macam aku paling bagus*
*sebenarnya aku la yang gelak paling kuat masa tu*

Friday 5 August 2011

- Perbualan Itu -

Suami Pn.Bloza : Bila nak datang KL lagi ?

Ada yang menarik?

Suami Pn.Bloza : Tak ada yang menarik sangat. Yang menolak ada la.

Ha ?

Thursday 4 August 2011

- Kerana Mulut Badan Binasa -

Bulan puasa, mulut sangatlah perlu dijaga
Makan dah tentu tak boleh
Becakap kenalah elok elok
Masa kecik kecik
Tahap suci mulut aku ni
Kalau terkeluar perkataan ‘aku’ dengan kawan kawan pun
Dah rasa macam anak derhaka
Nak mem‘babi’kan orang memang tak la kan

Kalau jumpa gambar babi
“eee..tengok gambar khinzir ni”
Nak lagi sweet, siap eja
“eeee... tengok B A B I ni”
Punya la tak nak sebut

Tahap kesucian aku ternyata menyerlah bila
Siput babi pun aku panggil
SIPUT KHINZIR
Apa kes?

*aku merindui mulut aku ketika kanak kanak dulu*
*ia ternyata berbeza dengan mulut sekarang*  

Tuesday 2 August 2011

- BUKU NIZAMSANI ??? -


Serius 1
Isi kandungan : ringkas tapi padat

Serius 2
Saiz : boleh diselit celah songkok

Serius 3
Harga : sekotak DUNHILL 20

Serius 4
Kanak kanak baru khatam buku Bacalah Sayang sangat sesuai membaca buku ini

Serius 5
Siapa siapa ada jual tonik penguat memori, tolong la hubungi penulis buku ni.   Kesian kak Intan asyik lupa kena ambik

Serius 6
Blog nizamsani adalah seperti hidup segan mati tak mahu. 
SERIUS tak lalu. Tapi bila sekali dah lalu. Selalu selalu nak lalu. *banyaknya lalu

Serius 7
Sedap !!!


*aku ingat nak promote kat abg posmen. tapi muka beliau ketat je trus tak jadi. macam la dia sorang je puasa*

Monday 1 August 2011

- TIBA WAKTUNYA -

Harap maaf
 Terdapat beberapa arahan untuk membaca entry ini
Baca perkataan di bawah dengan suara palinggggggggg perlahan
sambil mata jeling ke kiri




yusuf taiyoob







SELAMAT BERPUASA
*tadi penyimpan mohor besar cakap laju kan, tak macam yang dulu*

Selamat Jalan Romeo